Monday, August 31, 2009

Ladang Jambu


Syarikat kami telah terlibat dalam penanaman jambu batu hampir 2 tahun.Kini, kami mempunyai lebih 1300 batang pokok dengan keluasan hampir 10 ekar.Oleh yang sedemikian,kami amat optimis untuk melangkah setapak lagi kehadapan untuk membesarkan ladang sedia ada dan mencari rakan strategik untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu dan seterusnya menerokai pasaran baru.Syarikat kami adalah 100% Bumiputera.Kami juga mengalu-alukan kerjasama dari pihak yang berminat untuk melakukan penyelidikan tentang jambu batu dengan lebih lanjut.Pihak kami boleh dihubungi secara terus melalui telefon 013-3724340 (Fikri) atau melalui email fikriagribiz@yahoo.com

Saturday, August 29, 2009

Sejarah Awal

Jambu batu atau nama saintifiknya ialah 'Psidium Guajava' adalah satu daripada jenis buah-buahan Tropika yang berasal dari benua Amerika selatan yang tumbuh liar beratus-ratus tahun dahulu dan menjadi makanan orang-orang tempatan.

Jambu batu pertama kalinya ditemui oleh Gonzalo Hernadez de Oveido, seorang penjajah berbangsa Sepanyol di Haiti. Penjajah-penjajah Sepanyol yang datang ke benua Amerika Selatan telah membawa buah ini menyeberangi Lautan Pasifik ke Filipina pada tahun 1526, kemudian ia disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur serta Benua India oleh pengembara-pengembara Portugis pada awal abad ke 17.

Jambu batu dipercayai sampai ke Malaysia seawal abad ke 18 melalui aktiviti perdagangan di antara Malaysia dan India

Pengenalan

Tumbuh-tumbuhan merupakan satu komponen penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan tumbuh-tumbuhan bukan sahaja meliputi sumber makanan dan ubat-ubatan dari sudut pandangan tradisional tetapi sumbangan tumbuh-tumbuhan telah melewati pandangan tersebut. Ini kerana tumbuh-tumbuhan telah memberi nilai dan sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia dari segi biologi, persekitaran, kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Sumbangannya yang besar dari pelbagai aspek kehidupan manusia telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan adalah sebahagian kehidupan manusia dari sudut nilai dan konfigurasi nilai tersebut.

Satu contoh yang akan dikemukakan bagi menyokong pandangan ini ialah sumbangan Jambu Batu ke atas kehidupan manusia. Walaupun ia kelihatan agak remeh kerana jambu batu hanyalah satu daripada ratusan buah yang kita nikmati setiap hari dan jarang kita memikirkan sumbangannya terhadap kehidupan manusia dari perspektif yang lebih luas dan terbuka. Maka adalah wajar melihat sumbangannya yang begitu besar ke atas kehidupan manusia dari pelbagai sudut yang mana kita melihatnya menerusi sepotong jambu batu yang kita beli di jalanan itu tanpa memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada menikmatinya untuk seketika dan melupakannya tanpa memikirkan nilainya yang begitu besar
.

Nama saintifik
(Psidium guajava)


Common Names
Bahasa Inggeris: guava
Bahasa Melayu: jambu batu
Mandarin: fanshiliu
Tamil: koiyappalam
Indonesia: jambu batu
Lao: si da
Tagalog (Filipina): bayabas, guyabas
Thai: farang, ma-kuai, ma-man
Vietnam: oi
Kemboja: trapaek sruk
Burma: malakapen

Khasiat Jambu Batu

Jambu batu dipercayai mempuyai sumber Vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. Kebanyakkan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mancapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan.

Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan Vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih.

Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.

Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih.

Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain

Nutrisi Pemakanan

Nutrien Bahagian yang boleh dimakan (unit/100 g)


  • Tenaga 48.0 KCal
  • Protein 1.1 gm
  • Lemak 0.2 gm
  • Karbohidrat 10.0 gm
  • Gentian 6.8 gm
  • Kalsium 3.3 mg
  • Magnesium 10 mg
  • Fosforus 15 mg
  • Zat besi 1.2 mg
  • Natrium 23 mg
  • Kalium 12 mg
  • Vitamin A 18 mg
  • B1 (Thiamina) 0.1 mg
  • B2 (Riboflavin) 0.05 mg
  • B3 (Niasin) 1.1 mg
  • C (Asid askorbik) 152 mg

Ciri-ciri Botani

Pokok

Pokok jambu batu sentiasa menghijau, rendang, berakar cetek seperti pokok renek dan mempunyai percabangan terbuka. Pokok ini boleh mencapai ketinggian dan lebar kanopi sehingga 6-9 m dalam persekitaran berkelembapan tinggi. Batangnya pendek, mula bercabang dari pangkal pokok. Kulit nya licin, mengelupas dan berwarna perang kehijau-hijauan hingga ke warna perang.


Daun

Daun tersusun berpasangan bentuknya bujur panjang atau bujur telur. Licin pada permukaan atas daun dan terdapat rerambut halus pada bahagian bawah permukaan daun. Ukuran panjang daun lebih kurang 10-18 cm. Daun yang diramas mengeluarkan bau yang harum.


Bunga


Bunga jambu batu keluar secara tunggal atau berkelompok (2-3 kuntum/kelompok) pada ketiak daun pada pertumbuhan semasa atau sebelumnya. Bunganya dwiseks, bergarispusat 3.5 cm, warna putih dengan empat atau lima petal. Bunga jambu ini bersenyawa sendiri tetapi kerap juga berlaku pendebungaan silang. Biasanya bunga kembang antara pukul 5 hingga 7 pagi, bergantung pada kultivar dan suhu persekitaran pada waktu pagi.

Buah


Saiz buah berbagai-bagai, dari 2.5 cm hingga 10 cm garispusat. Bentuk buah bulat, bujur telur, bulat memanjang atau seperti buah pear. Kulit buah berwarna kuning apabila masak tetapi isinya boleh jadi merah jambu, jingga, putih atau kuning. Tekstur kulit ada yang kasar dan ada yang licin. Biji jambu ini biasanya banyak terletak dalam pulpa, berwarna kuning dan 3-5 mm panjang.


Pertumbuhan dan pembesaran

Pokok jambu batu tidak dapat bertahan lama (lebih kurang 40 tahun), tetapi pokok ini berbuah dengan banyak selama 15-25 tahun. Anak pokok berbunga dalam masa 2 tahun; pokok klon yang dibiakkan secara tampang biasanya mula berbuah dalam tahun pertama sesudah ditanam. Pokok berbuah sepenuhnya selepas 5-8 tahun, bergantung pada keadaan dan ruang. Satu ciri penting jambu batu ialah bunganya keluar pada tunas sisi yang baru muncul, tanpa mengira masa. Ini bermakna bahawa pembungaan dan pembuahannya tidak menentu atau bermusim, bergantung pada bagaimana persekitaran mempengaruhi pertumbuhan pucuk. Ciri ini menyebabkan pokok jambu boleh dimanipulasi bagi menentukan bila untuk berbuah dalam keadaan iklim tropika yang sesuai.

Hasil Keluaran Sampingan

Biji jambu batu

Biji jambu batu digunakan sebagai bahan permulaan untuk menghasilkan anak pokok akar stok yang digunakan di dalam cantuman tunas. Minyak daripada biji jambu batu boleh digunakan di dalam penyediaan kuah salad.

Daun, Batang dan Akar Jambu Batu

Daun, kulit kayu dan akar jambu batu telah digunakan dalam bidang perubatan untuk pelbagai rawatan penyakit manusia seperti cirit-birit, disentri dan demam seriawan. Daunnya digunakan untuk merawat luka, penyembuh sakit gigi dan beberapa kegunaan lain. Di Eropah, sejenis ekstrak daun jambu batu telah berada di pasaran untuk rawatan cirit-birit dan gastroenteritis.

Di Malaysia, rebusan daun juga digunakan untuk mengatasi masalah cirit-birit dan sakit perut secara tradisional.Perubatan tradisional di Perak juga menggunakan kulit dan daun jambu batu untuk merangsang haid dan digunakan semasa bersalin untuk membuang plasenta.Di Pekan, Pahang, daun jambu batu telah digunakan secara tradisional oleh mesyarakat melayu di dalam penyediaan ‘air banyar’ untuk mewarnakan kain sutera hitam.

Kayu Jambu Batu

Kayu jambu batu yang keras dan mempuyai komposisi bahan kering sesuai digunakan sebagai kayu api dan arang. Kayu yang keras dan uratnya yang rata juga digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu, pemegang lembing, pahat, lastik, peralatan rumah, peralatan pertanian, tiang pagar dan sebagainya.