Saturday, August 29, 2009

Hasil Keluaran Sampingan

Biji jambu batu

Biji jambu batu digunakan sebagai bahan permulaan untuk menghasilkan anak pokok akar stok yang digunakan di dalam cantuman tunas. Minyak daripada biji jambu batu boleh digunakan di dalam penyediaan kuah salad.

Daun, Batang dan Akar Jambu Batu

Daun, kulit kayu dan akar jambu batu telah digunakan dalam bidang perubatan untuk pelbagai rawatan penyakit manusia seperti cirit-birit, disentri dan demam seriawan. Daunnya digunakan untuk merawat luka, penyembuh sakit gigi dan beberapa kegunaan lain. Di Eropah, sejenis ekstrak daun jambu batu telah berada di pasaran untuk rawatan cirit-birit dan gastroenteritis.

Di Malaysia, rebusan daun juga digunakan untuk mengatasi masalah cirit-birit dan sakit perut secara tradisional.Perubatan tradisional di Perak juga menggunakan kulit dan daun jambu batu untuk merangsang haid dan digunakan semasa bersalin untuk membuang plasenta.Di Pekan, Pahang, daun jambu batu telah digunakan secara tradisional oleh mesyarakat melayu di dalam penyediaan ‘air banyar’ untuk mewarnakan kain sutera hitam.

Kayu Jambu Batu

Kayu jambu batu yang keras dan mempuyai komposisi bahan kering sesuai digunakan sebagai kayu api dan arang. Kayu yang keras dan uratnya yang rata juga digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu, pemegang lembing, pahat, lastik, peralatan rumah, peralatan pertanian, tiang pagar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment